Eksperimentasi Cara Mudah Melukis Kartun

 Ha ha ....hari ini saya hasilkan satu kartun mudah. Satu petak je in English. Tak tahu la ......... betul atau tidak grammarnya. Keep trying ..................

Sketsa di bawah ni adalah susulan idea penulisan semalam, Watak yang digunakan adalah gabungan rupa bulat, bujur dan segiempat. Idea dialog tu muncul tiba tiba. Saya terus tulis.


Okay, saya sambung penulisan ...............

Apabila korang dah dapat watak yang sesuai sebagai watak komik/kartun, langkah seterusnya adalah melakar aksi watak. Korang perlu melakar pelbagai aksi watak tersebut dalam pelbagai sudut pandangan. 

Mengapa korang perlu buat camtu ? 

Ada dua sebab utama :

i. Lakaran tersebut akan menjadi rujukan pada masa akan datang. Kadangkala korang akan mengalami gangguan minda sementara.  So ..... boleh rujuk pada lakaran tersebut.

ii. Sebagai latihan untuk melembutkan tangan dan mempertingkatkan kemahiran korang. Lebih banyak lakaran lagi power lukisan korang. 

So, teruskan melakar dan mencipta watak watak baru.

Ada satu perkara lagi, jangan lupa search untuk melihat contoh kerja individu lain. Perkara ini dapat menambah idea korang. Semakin banyak korang search, semakin banyak idea yang korang dapat. Sila catat atau lakar idea tersebut. Korang perlu berkawan baik dengan buku lakaran dan pen. Setiap idea yang timbul perlu dicatat segera.

Cukuplah setakat ini , saya nak bereksperimentasi..............................

Hasil eksperimentasi saya. Boleh la buat cerita Korea versi Malaysia..........

Post a Comment

0 Comments