Nak Lukis Cerita Apa ?

 Hai,

Lama dah saya tak menulis di blog ini . Lebih 18 bulan blog ini terbiar. Keadaan tidak mengizinkan atas sebab sebab kesihatan.

Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan permudahkan urusan kita hendaknya. Aamiiiinnnn........

Pada minggu lepas, ketika membelek belek FB,  saya terpandang satu iklan Domestika. Saya klik je iklan tu. Wow ........ nampak menarik. Autobiographical comic ................. apa tu ?

Sebenarnya ada dua patah perkataan  . Autobiograph dan Graphic. Korang faham tak ? Tak faham ?

Dengan pantas saya membeli kursus tersebut pada harga USD9.90. Ho ho ....... terus masuk dan menonton videonya. 

Pening ....... sebab videonya dalam bahasa yang digunakan oleh Maradona. Sarikatanya dalam bahasa Inggeris. Satu video perlu ditonton beberapa kali. 

Setelah habis 3 video, barulah saya faham maksud Autobiographical.   

Autobiographical comic ni adalah catatan atau diari dalam bentuk lukisan. Apa sahaja aktiviti harian kita boleh dijadikan idea untuk autobiographical comic tu. Melalui lukisan ini kita dapat melihat watak sebenar pelukis. Pandangan pelukis terhadap sesuatu perkara juga dapat kita lihat melalui autobiographical comic.

Idea autobiographical comic ini muncul sekitar tahun 1960 di Amerika Syarikat. Salah seorang artis yang terlibat dalam bidang ini adalah James Kochalka.

Ini adalah salah satu karya James Kochalka.


Di Malaysia kita ada Datuk Lat dengan siri The Kampung Boy. Cerita siri The Kampung Boy banyak berkisar kehidupan masyarakat kampung.

So....anda bagaimana ? 

Inilah genre yang boleh korang ceburi. Tak perlu fikir banyak pasal idea. Ideanya adalah kisah kehidupan korang. Lakarkan idea korang dalam urutan empat petak lukisan.   

Settled ? Good.


Bang ......... nak lukis watak utamanya camner? 

Bersambung pada post akan datang.

Post a Comment

0 Comments