Persoalan ini muncul semasa saya ingin memulakan karya berkartun. Eh, ........nak lukis apa ha? Camner nak lukis ? Kalau tak cantik nanti orang kata apa plak ?
Korang juga mengalami masalah yang sama kan ?
Mengapa masalah ini muncul ?
Sebenarnya, masalah ini muncul kerana kita tak ada keyakinan diri dan terlalu mementingkan lukisan yang cantik dan sempurna.
Jom kita lihat bagaimana rupa watak watak kartun popular.
Logik ke anjing berdiri tegak dan berjalan dua kaki.
Apa pendapat korang ?
Jika korang masih kebingungan, saya bagi korang idea. Lukislah watak kartun yang mudah menggunakan rupa asas seperti rupa bulat, bujur, segiempat, segitiga dan garis lurus.
Perkara yang paling penting adalah menjaga kadar bandingan tubuh watak kartun korang.
Apa pendapat korang ?
Ini adalah rupa asas dan mudah untuk mencipta watak kartun / komik korang. Korang hanya perlu tambah mata, hidung dan mulut untuk menjelaskan emosi.
Aku harap korang faham dan dapat sedikit idea untuk mencipta watak sendiri.
Jika ada masa , saya akan menulis lagi esok................... c u later.
2 Comments
Nak lukis senang nak dpt idea susah
ReplyDeleteIdea ada disekeliling kita. Anda boleh peristiwa kehidupan seharian, isu semasa atau masalah yang ada dalam kehidupan anda. Idea tak semestinya lucu. Boleh juga guna idea yang sinis, sindiran atau teguran.
ReplyDeleteTanyalah kalau tidak tahu!