Alatan Melukis Kartun Cara Simple

Salam sejahtera ,

Anda tentunya pernah belajar Pendidikan Seni Visual (PSV) semasa disekolah menengah kan ? Seronok belajar Seni Visual ? Ada yang seronok dan ada yang tidak seronok. Ini bergantung kepada guru yang mengajar, topik yang diajar dan pelajar itu sendiri.

Jika guru yang mengajar Seni Visual itu mempunyai kemahiran melukis, tentu penuh contoh di papan putih. Secara tidak lansung anda perolehi idea melalui contoh lalu anda pun melukis dengan meniru. Ini dapat menarik minat pelajar. Guru yang mempunyai kemahiran dapat menerangkan proses melukis dan dapat mempermudahkan pelajar belajar. Dari sini timbul minat untuk melukis di kalangan pelajar.

Topik juga penting. Perkara ini bergantung kepada sukatan pelajaran yang disediakan. Yang pastinya 80% pelajar benci dengan tajuk FIGURA. Figura ini melibatkan lukisan bentuk manusia. Jika anda benci figura, lupakanlah bidang kartun ini. Figura dan kartun adalah berkait rapat.

Dari sudut pelajar, rasanya tidak perlu saya sentuh. Jika berminat dan takut , dia akan buat sebaik mungkin. Begitulah sebaliknya. 

Semasa belajar PSV, apakah peralatan yang selalu anda bawa ?  Alatulis dan alatan mewarna juga kertas lukisan.

Apakah alatan yang diperlukan untuk melukis kartun cara sempoi ?

Peringatan : Saya hanya akan tunjukkan asas melukis kartun sahaja. Ini sebagai hobi untuk permulaan. Jika anda mahu cara  profesional pergilah ke pejabat  Majalah Gila-gila atau cari kartunis pro dan belajar dari mereka.

Alatan yang anda perlukan untuk melukis kartun cara sempoi memang sudah ada dalam pencil case anda. 

Anda perlukan pensil tidak kiralah apa jenis pencil. Anda perlu ada pemadam yang lembut supaya mudah memadamkan lakaran. Perlu ada pembaris, Sebaik-baiknya pembaris panjang. Opss... ada satu lagi , pen hitam dakwat basah. Pen digunakan dalam proses terakhir melukis.

Satu lagi bahan adalah kertas. Anda boleh guna kertas A4, buku sketch atau kertas lukisan berwarna putih. Jangan lupa... anda perlukan buku rujukan seperti buku panduan melukis atau majalah kartun. Buku rujukan amat membantu sekiranya anda "cramp".

Sekiranya anda mempunyai buku di bawah ini,  anda boleh lupakan blog ini.



Itu sahaja peralatan melukis kartun secara sempoi.  

Jumpa lagi.

Post a Comment

0 Comments