Garisan Dan Kartun Sempoi.

Hah ... tentunya anda tidak sabar menanti pendedahan cara melukis kartun ?

Sabar. Anda perlu belajar langkah demi langkah. Anda mesti menguasai asas melukis dan memahami unsur-unsur yang terdapat dalam lukisan. Ini telah anda pelajari dalam mata pelajaran  PSV Tingkatan 1.  

Cuba anda lihat gambar ini. Apakah asasnya dan apakah hasilnya ?



Asas utamanya adalah garisan dan hasilnya adalah rupa bujur (oval) dan pergerakan .

Asas utama dalam seni visual adalah garisan. Begitulah juga asas melukis kartun. Ini kerana lukisan kartun (karikatur) adalah sebahagian dari seni visual.

Untuk melukis kartun cara sempoi, anda perlu mahir melukis garisan. Tanpa garisan tiadalah imej yang terbentuk.

Lihat imej di bawah. Perhatikan fungsi garisan.


Dengan kewujudan beberapa garisan, maka terbentuklah imej seakan-akan pergerakan manusia. Inilah kehebatan garisan yang menjadi tunjang dalam melukis kartun.

Oleh yang demikian, janganlah anda memandang rendah kepada lukisan orang lidi kerana ia menjadi asas dalam melukis kartun.

Sebagai pembelajaran pertama , "Lukiskan 5 orang lidi dalam pelbagai posisi." 




Gunakan buku skecth atau kertas A4. Simpan semua hasil kerja anda untuk melihat progress kerja anda.

Jika anda ada blog, publishkan lukisan anda di blog dan tinggalkan link di ruangan komen di bawah. 



Sumber imej :
http://0.tqn.com
http://melayukini.net

Post a Comment

0 Comments